Tempat :Musolla MAB, Lobi MAB
Suasana :Sunyi sepi, sedikit bau ubat nyamuk
Assalamualaikum ambo ucapkan pada yang masih sudi membaca blog ambo ini. Moga terpelihara oleh rahmat-Nya di bulan Ramadhan yang mulia ni ini.
Niat di hati sebenarnya bukan untuk menulis post yang baru. Tapi ambo hanya edit serba sedikit blog ni, memandangkan ada sahabat yang mengesyorkan untuk ditukar warna background blog ni. Warna pink mungkin tak sesuai untuk diri amboi....agak girlish rasenye.
Timbulnya idea untuk menulis post ni adalah setelah ambo lihat suasana di dalam Musolla MAB ni. Kelihatan beberapa orang brothers sedang tidur nyenyak dalam musolla yang agak besar ni. Rasa kagum tiba-tiba muncul bila ambo tengok situasi ini. Mungkin inilah yang insan-insan yang sedang memburu Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan, idaman setiap insan yang beriman kepada-Nya. Jesteru timbul pula cita-cita untuk diri ambo menyertai para brothers ni, menjadi pemburu Lailatul Qadar.
Namun hasrat itu ambo rasa amat sukar untuk dicapai bila ambo renung balik amalan diri ambo pada bula Ramadhan ini. Tadarusnya kurang, banyak masa terluang digunakan untuk tidur, Qiamullail pun tak pernah, terawikh pun hanya 8 rakaat sahaja yang termampu, nafsu makan pada waktu ifthar pun belum mampu diatasi dan pelbagai kepincangan lagi. Memikirkan hal ini membuatkam ambo rasa diri ini belum layak untuk menyertai mereka.
Namun, ambo pernah mendengar dengar orang kata..."Berbahagialah orang yang hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari seterusnya lebih baik dari hari semalam..dan celakalah ke atas orang yang hari ini lebih teruk dari hari semalam dan hari yang seterusnya lebih teruk dari hari ini". Ambo pun tak tahu ayat ni dari petikan hadis atau hanya sekadar kata-kata ahli falsafah. Gerun juga bila dengar statement ni. Ambo ni tergolong dalam golongan yang mana?Pertama atau kedua?
Jesteru. Ambo rasa perlu ada perubahan. Biarpun sedikit, asalkan istiqamah. Insyaallah. Moga Ramadhan Al-Mubarak yang semakin akan meninggalkan kita ini, dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Cukup dulu dari ambo untuk post ni..harus tidur untuk sahur..sahur itu penting..
Akhir kata...Assalamualaikum w.b.t...
No comments:
Post a Comment