Wednesday, August 24, 2011

Pembentangan Tentang Islamic Education Yang TERBAEK!!!


Waktu : 4.14 petang 24 Ogos 2011
Tempat :Level 2 CFSIIUM PJ's Library
Suasana :Dikelilingi budak-budak law yang sedang buat case study

Assalamualaikum ambo ucapkan pada semua. Ada beberapa hari lagi untuk bulan Ramadhan ni melabuhkan tirainya, jadi sudah banyakkah amalannya? Tepuk dada tanya iman.

Tujuan menulis post ini tak lain dan x bukan hanyalah untuk berkongsi keterujaan ambo semasa mendengar pembentangan untuk subjek FIM1113 iaitu Uderstanding Islam tadi. Presentation dari salah sekumpulan sisters yang bertajuk "Islam As A Comprehensive Way of Life:Islamic Education Concept" itu sungguh menarik, penuh dengan isi-isi yang bernas dengan penerangan ringkas dan padat.

Pembentangan dimulai dengan pendefinisian sistem pendidikan itu sendiri menurut seorang ulama Islam yang terkenal iaitu Yusuf al-Qaradawi. Menurut beliau, "Islamic education is an education of mind & heart, physical & spiritual and behavior & characteristics". Mantap sunnguh bunyinya. Sepanjang pembentangan ni, ambo memang berpuas hati dengan segala info yang disampaikan oleh para sisters yang membentang. Bukan puas hati tengok wajah2 sisters itu ye. Salah satu quote yang ambo paling suka ialah "Teacher is not only a muallim(transmitter of knowledge) but also a murabbi(trainer of souls & personality" yang menerangkan maksud sebenar seorang guru yang bukan hanya mengajar, tetapi juga mendidik.

Turut juga diselitkan sebuah video mengenai salah satu produk yang membuktikan keberkesanan sistem Islamic education. Produk yang dimaksudkan itu ialah Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk Kota Konstatinople (Istanbul) pada umur 19 tahun, menamatkan penantian umat Islam selama ratusan tahun untuk menakluk kota itu. Walaupun beliau merupakan anak kepada pemerintah sebuah empayar yang luas, tiada kompromi dalam pendidikannya. Beliau tidak dimanjakan. Beliau pernah dirotan. Beliau juga dididik oleh para alim ulama' dan pernah ditegur oleh mereka. Sungguh jauh bezanya dengan situasi sekarang.

Konklusi bagi pembentangan ini, ambo sangat2 berpuas hati. Sangat tak rugi ambo dengar presentation tu. Apa yang ambo boleh kata....TERBAEK!!!. Good job sis. Tahniah diucapkan kerna telah mebuktikan Islamic education adalah satu sistem pendidikan yang terbaik, sangat sesuai untuk membangunkan insan yang holistik. Ambo bangga untuk menjadi seorang Islam.

Akhir kata dari diri ambo. Apa2 sahaja sistem yang dianjurkan oleh Islam adalah yang terbaik untuk sepanjang zaman. Tiada lagi sistem yang bisa menggantikannya kerna Islam is a comprehensive way of life..............

Tiada apa2 lagi untuk ditulis, ambo ingin mengucapkan all the best buat para Muslimin dan Muslimat di luar sana untuk meningkatkan amalan di sepuluh hari terakhir Ramadhan al-Mubarak ini. Jangan kerna sibuk membuat persediaan untuk berhari raya, kita lupa akan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini...

Wassalamualaikum w.b.t dan selamat beramal....



2 comments:

  1. nice sharing bro,,tp tula khbtn student uia..ad klapangn..jnguk2 la blog ni http://al-yaakubi.blogspot.com/ kte btkr2 pndngn

    ReplyDelete
  2. kate:ye bro..budak uia memang hebat...salam perkenalan n salam blogging...

    ReplyDelete