Monday, August 22, 2011

Bermulanya Tatih Sang Musafir Muda

Assalamualaikum w.b.t...

Dengan nama Zat Yang Maha Esa ambo mulakan post untuk blog ni....moga mendapat perlindungan dan petunjuk dari-Nya sepanjang penulisan blog ini...

Salam persahabatan dihulur buat para pembaca yang sudi untuk membaca blog ambo ni, blog yang baru dibuat, tulisan seorang pemuda yang cetek pengalamannya.Ini ialah post pertama dari ambo untuk blog ni. Memandangkan ini merupakan post pertama untuk blog ni....ambo ingin membuat sedikit taaruf tentang diri ambo dan blog ambo yang tak seberape ni.

Name diberi oleh abah dan umi ialah Nik Mohamad Lukman bin Mat Zin. Lahir pada 23 September 1992 di Hospital Daerah Machang, Kelantan. Tinggal di Machang, di sebuah rumah kayu yang menjadi tempat ambo dan 12 orang adik beradik ambo menikmati kasih dan sayang abah dan umi. Rasenye cukup setakat itu ambo memperkenalkan diri ambo ni.

Sedikit pengenalan mengenai blog ambo ni. Ambo akan membahasakan diri sebagai "ambo", iaitu kata ganti nama diri yang sangat meluas penggunannya oleh rakyat Kelantan yang bermaksud saya. Niat ambo hanyalah untuk menerapkan jati diri ambo sebagai anak Klate, moga ambo tak lupa asal-usul diri ini. Tujuan ambo menulis blog ni tak lain tak bukan hanyalah untuk berkongsi buah fikiran dan pengalaman hidup ambo, musafir sebuah perjalanan yang masih kabur destinasinya, belum diketahui bilakah penghujungnya.

Memandangkan ambo ni kurang pandai bercakap untuk menterjemah buah fikiran ambo....jadi ambo rase penulisan bloglah cara yang paling sesuai untuk ambo meluahkannya. Oleh itu, dengan izin-Nya, kebanyakan post ambo akan berkisar mengenai idea2 yang bermain dalam minda ambo dan pengalaman yang ambo lalui. Moga tak bosan membacanya.

Ambo juga ingin memohon tunjuk ajar daripada sahabat2 sekalian untuk menghasilkan post yang berkualiti dan berbaloi untuk dibaca. Komen yang membantu seperti kritikan dan cadangan amatlah ambo harapkan, untuk ambo jadi lebih matang dalam penulisan ambo memandangkan ilmu di dada masih kurang.

Sebelum ambo mengakhiri post ini..ambo ingin menyampaikan sebuah pantun Melayu yang sangat famous dengan sedikit pengubahsuaian:

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Ambo blogger baru belajar,
Salah silap mohon ditunjukkan.

Akhir kata,
Assalamualaikum w.b.t
Musafir muda mohon petunjuk...

2 comments:

  1. assalamualaikum..mg wat blog baru k? blog dlu cmne? da x aktif k? t singgahla ke blog ak..
    http://rofiahsworld.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Luk dah jadi blogger!!huhu.. Nnti follow blog aku jgk yer..heeee.. ;p

    ReplyDelete