Thursday, September 8, 2011

Inilah Keluarga Ambo di CFSIIUM PJ

Waktu : 10.00 pagi 9 September 2011
Tempat :Library CFSIIUM
Suasana : Baru sahaja ketemu sama doktor...






"The family is one of nature's
masterpieces." -
-George Santayana






Assalamualaikum ambo ucapkan kepada sahabat2 yang sudi untuk membaca blog ambo yang x seberape ini. Sihat sejahtera ambo harap semuanya.

Baiklah, memandangkan ambo letak quote tentang kekeluargaan, jadi post ambo pada kali ini, ambo terasa nak bercerita sedikit pasal keluarga atau dalam BI nye...family ambo di CFSIIUM yang tercinta ini. Mereka itu x lain dan x bukan ialah ahli2 kelab Taekwondo CFSIIUM PJ.

Ambo anggap semua ahli kelab ni macam keluarga ambo sebab kami selalu je buat benda sama2...sakit sama2...makan sama2....Walaupun baru 2 tahun kenal...tapi m
acam dah lame kenal...x gitu kawan2?Hehe...
Sakit badan lepas training atau sparring terus hilang kalau ambo duduk bersama2 ahli kelab ni...kanak2 riang semuanya....

Ambo pun sebenarnya x tahu apa yang nak diperkatakan...jadi, ambo telah upload beberapa keping foto buat tatapan sahabat2 sekalian. Foto2 ini adalah wajah2 ahli kelab ini, yang terdapat dalam hard disk laptop ambo. Maaf ye sahabat2, ambo telah conteng foto2 itu...untuk bagitahu name2 mereka....ahli keluarga ambo...huhu..

Jadi...enjoy...



Foto ini boleh dianggap sebagai family photo...diambil selepas tamat grading sem 2 mase ambo 1st year dulu..



Ini pula foto bersama orang handsome..Nasri nama beliau. Die dah graduate dari CFSIIUM ni. Sekarang die berade di Kuliyyah of Engineering, IIUM Gombak. Semua nampak happy sebab dapat bergambar dengan beliau.



Foto ni pula diambil mase grading dekat St John, mase short sem dulu. Ambo x ikut sekali....sebab ambo x ambik grading.



Foto ni pula diambil masa pemilihan untuk MASUM. Sir Din sedang berkongsi tips2 untuk sparring. Khusyuk semua mendengar nampaknya...



Jejaka berdua ini senior black belt kelab ni. Sorang dari Terengganu dan sorang lagi dari Negeri Sembilan. Macam adik-beradik pulak ambo tengok jejaka berdua ni...



Adib nampak macam serius....Mail tetap handsome...



Kami sedang menikmati nasi tomato...makanan jadi sedap pabila makan bersama2....



Ini team Poomsae kelab kami....hebat2 semuanya...dapat jadi wakil IIUM untuk MASUM



Lepas habis selection untuk Masum, ade makanan lebih...kami yang tolong habiskan..



Salah satu event kelab yang ambo paling suka...BBQ bersama2 ahli kelab...walau illegal...makan tetap makan....



Sir Din sedang menunjukkan bakat beliau...Die kate kalau nak bakar ayam...x perlu kibas...biar je atas bara tu.....



Malang xde bau...kaki ambo tercucuk arang....banyak keluar darah...nasib baik ada yang sudi membalutnya...terharu juga ambo rase...



Semua puas hati lepas dapat makan ayam...dan telah berjaya memprank Acap sempena birthday beliau...


Maaf buat mana2 ahli yang foto die xde....bukan ambo x mau upload..tapi ambo x sempat...memandangkan keadaan diri yang sedikit x sihat buat masa sekarang...huhu..Ape2 pun....Chill la semuanya...moga kita jadi kawan buat selamanya...:)

Wassalamualaikum w.b.t.....

Friday, September 2, 2011

Kembali Menulis...

Waktu :10.36 pagi 3 September 2011
Tempat :Anggun Cafe, sebuah CC di Machang
Suasana :Sekali lagi...sedang mendengar OST Imam Muda

Assalamualaikum sahabat2 yang masih sudi untukm membaca blog ini...Salam Lebaran ambo ucapkan..

Setelah agak lame ambo x menulis...gatal rasenye tangan ini untuk menulis post..post tentang pengalaman beraya pada kali ini...Agak banyak yang ingin dikongsikan.

Ok, Alhamdulillah a,bo diberi lagi kesempatan oleh-Nya untuk menikmati pagi 1 Syawal bersama-sama keluarga yang tercinta. Bahagia rasenye. 1 Syawal pada tahun ni jatuh pada hari Selasa 30 Ogos 2011, sehari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu. Akan tetapi, blackout di malam raye agak merencatkan persediaan raye kami. Gelap je rumah kami dan jiran. Khabarnya ade tiang elektrik yang terbakar....angkara mercun..huhu....

Juadah untuk beraye ari ni agak seimbang...untuk kuih raye, ada yang dibeli, ade yang dibuat sendiri oleh ummi dan kakak ambo yang ambo panggil Lili. Ummi buat kuih siput , salah satu fevret ambo zaman-berzaman, manakala Lili pula buat Kek Marble, Semprit Pelangi dan Tart Gulung. Ambo palin suke Tart Gulung itu, sedap dan gebu...hehe. Manakala untuk juadah yang agak berat, ummi masak nasi dagang sama kari ayam dan ikan, sungguh sedap....rugi x cubenye. Lili pula buat ketupat palas, yang bentuk tiga segi tu...sama rendang ayam. Alhamdulillah....plan kami untuk buat lemang berjaya. Hasil kolaborasi kami sekeluar, maka terhasillah beberapa batang lemang, lemang amatur namanya...walau terpaksa membakarnya dalam kegelapan.

Pada pagi raya yang mulia itu, kami yang laki2 ini sembahyang sunat Aidilfitri di Masjid Kijal...berdekatan dengan rumah kami, dalam lebih kurang 3 batang rokok perjalanan kalau berjalan kaki. Di situ, ambo bertemu dengan sahabat lame ambo, Ikhwan. Katenye die baru sampai di rumahnya pada pagi raya dan terpaksa pulang ke universiti beliau pada hari khamis kerna ade kelas pada hari Jumaat. Kasihan ambo dengarnya tapi kerna hajat untuk memenuhkan ilmu di dada, ambo faham. Maka setelah selesai solat itu, ambo tertidur sepanjang khutbah raya itu. Sedar2...khutbah telah tamat, semuanya sedang bersalam-salaman.

Hajatnya mau kongsikan lebih banyak lagi..tapi masa agak mencemburui diri ini. Tak sempat untuk ambo habiskan cerita raye ambo ini. Tapi, insyaallah di lain masa ambo akan bercerita lebih lanjut lagi..to be continued kate orang putih..Ada banyak lagi tempat yang ambo perlu pergi lepas ni, hajatnya mai makan mee rebus di warung yang sudah lama tidak dikunjungi dan shopping di Econjaya, kerna ada majlis BBQ di rumah pada malam ini...Insyallah...

Baiklah....salam lebaran sahabat2 sekalian...Selamat kembali kepada fitrah kita sebagai seorang Muslim yang Mukmin....insyaallah...

Wassalamualaikum w.b.t.....




Friday, August 26, 2011

Balik Kampung



Waktu :11.33 pagi 27 Ogos 2011
Tempat :Anggun Komputer Machang
Suasana :Sedang mendengar OST Imam Muda

Assalamualaikum ambo ucapkan kepada insan2 yang masih wujud keinginan untuk membaca blog ni. Jutaan terima kasih dan penghargaan ambo ucapkan. Sudah demam berhari rayakah saudara2ku sekalian? Dalam kesibukan untuk beraya tu, jangan dilupakan pada Ramadhan yang bakalan berakhir.....


Memandangkan sekarang ini sudah tiba musim balik kampung, ambo ingin kongsi sedikit pengalaman balik kampung ambo pada raya ni. Ternyata perjalanan pada kali ni sangat berbeza dari yang dulu2, ada saat yang mengujakan dan menggembirakan dan ade juga saat2 cemas, yang buat ambo x senang duduk jadinya.....

Pada raya kali ini ambo balik bersama-sama dengan abang dan kakak ambo. Bertolak dari CFSIIUM dengan bas Metro bernombor 12 untuk ke Stesen LRT Universiti. Perjalanan ini biasa sahaja, tiada apa2 yang menarik berlaku, hanya yang dapat dilihat ialah students CFSIIUM yang sedang dalam mood balik kampung. Dari Stesen LRT Universiti ambo ke Stesen LRT Setiawangsa. Harga tiket agak berpatutan, RM2.40 sahaja..

Nah...di sinilah saat2 yang mengujakan itu muncul. Ambo sememangnya tak pernah terfikir akan dapat bertemu dengan sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. Ambo berda dalam LRT yang sama dengan beliau!!Malah dalam 1 gerabak yang sama!!!Beliau naik LRT di Stesen LRT Bangsar dan turun di Stesen LRT Pasar Seni. Ambo tengok beliau seorang yang simple saje, hanya memakai baju t-shirt, berseluar slack hijau dan membimbit sebuah beg kecil pada waktu tu kalau ambo x silap. Saat beliau turun dan naik banyak mata yang melihat....seakan2 tidak percaya dengan apa yang mereka lihat barangkali...teruja barangkali, sama dengan diri ambo.

Ambo yakin beliau ini yang ambo jumpa semalam..

Setelah itu LRT terus meluncur laju ke beberapa buah stesen lagi....agak lama perjalanan itu rasanya. Pesan kakak ambo, perlu sampai pada pukul 12 di Stesen LRT Setiawangsa, kerna mengikut perancangan kami akan bertolak pulang pada pukul 12.30 tengahari untuk mengelakkan traffic jam yang dijangka berlaku di pekan Raub dan Bentong. Perjalanan pulang ke kampung bersama2 adik beradik memang menyeronokkan. Banyak kisah yang ingin dikongsi, planning untuk raya pada tahun ini juga turut dibincangkan. Plannya ingin membuat ketupat dan lemang, juadah kemestian di pagi Aidilfitri. Yang ketupat itu x menjadi masalah, kerna memang setiap tahun ada dibuat, tapi lemang itu yang menjadi masalah. Sudah beberapa tahun dirangcang, x pernah menjadi. Insyaallah plan baik punya tu akan menjadi....aminnn.

Dendangan lagu2 raya melalui mp3 player sudah cukup untyuk membuatkan kami semakin x sabar untuk sampai ke kampung. Tambahan lagi khabarnya dirumah sajian nasi kerabu ayam bakar buatan ummi sedang menanti, buat diri ambo ni x senang duduk jadinya. Sudah hampir 2 bulan ambo x menjamah sajian masakan ummi, rindu rasenye. Ditambah pula dengan adik ambo yang selalu aje hantar SMS kepada ambo...bertanyakan kedudukan ambo, lama lagikah akan sampai. Hampir tergelak pula ambo jadinya bila difikirkan kembali hal itu, rase diri ini dihargai, kepulangan dinanti.

Saat2 mencemaskan juga kadang2 menjengah kami adik beradik. Kenderaan hadapan yang brake secara mengejut sudah menjadi lumrah perjalanan jauh, walaupun jantung ni lebih kencang dibuatnya. Akan tetapi, satu peristiwa yan berlaku pada perjalanan kali ini benar2 menguji kami. Jantung berdegup sangat kencang? X senang duduk? Semua ada dek peristiwa ini. Nak tau????Tungguuuu.......

Hehehe....lawak je..begini kisahnya. Sewaktu sedang melalui Kuala Lipis, kereta kakak ambo ni sedang mengekori sebuah motosikal yang dinaiki oleh 2 orang muda. Ambo pun x ingat model apa. Pada pendapat ambo, mereka juga sedang dalam perjalanan balik kampung...melihatkan beg yang digalas. Sedang kami masyuk je membontoti motosikal tu, entah mengapa motosikal tu terbalik di tengah jalan. Kalau x silap ambo ade 3 buah kereta yang sedang mengekori motosikal itu,Perodua Kelisa milik kawan kakak ambo, Perodua Myvi kakak ambo dan sebuah Proton Waja.

Ambo bersyukur sangat2 sebab ketiga2 buah kereta ni sempat mengelak dari terpijak kepala penunggang dan pembonceng motosikal tu. Kalau x..memang kami jadi penyumbang statistik kematian Ops Sikap kali ni. X pun masuk Myvi kakak ambo itu. Setelah kejadian tu, kakak ambo yang jadi driver sepanjang perjalanan duk asyik luahkan rase berdebar2 dan x senang duduk beliau. Sampaikan ambo pun jadi x senang duduk bila memikirkan balik kejadian tu.

Akan tetapi, segala perasan terkejut dan x senang duduk tu hilang, tenggelam dek perasaan marah pula. Marahkan pemandu sebuah kereta ni, proton Satria warna hitam. Dahla memotong secara berbahaya, kita pula yang dimarahnya. Kalau marah pakai hon tu xpe la. Ini pula dibukanya tinkap kereta lalu ditunjukkan isyarat lucah (anda tau apa isyarat itu). Siapa x marah bila diperlakukan sebegitu. Kalau anda dilayan sebegitu, marahkah anda??

Jadi, teruskan lagi perjalanan...usah dilayan pemandu sebegitu. Hajat untuk berbuka bersama2 keluarga di rumah x kesampaian memandangkan saat azan Maghrib berkumandang, kami baru sahaja tiba di Kuala Krai, hampir setengah jam jauhnya dari kampung kami di Machang. Kami hanya sempat berbuka dengan kek pisang dan air kotak perisa Teh Krisantimum jenama Delite dengan kek pisang. Simple sahaja, tapi cukup untuk dibuat alas perut. X perlu berhenti makan di pertengahan jalan kerna santapan yang jauh lagi enak, perisanya kasih sayang sedang menunggu di rumah.

Alhamdulillah, sampai di rumah sekitar 7.30 petang. Kepuasan jelas terase, saat menjejakkan kaki di atas tanag tempat tersergamnya teratak kayu itu, tempat ambo dibesarkan. Tiada kata dapat menggambarkan perasaan ambo pada waktu itu, seorang perantau yang pulang ke kampung halaman setelah lama merantau (2 bulan je sebenarnya). Sebagaimana yang dijangka, sudah tersedia nasi putih, kerabu sayur, kelapa parut goreng, ayam bakar dan sambal di atas meja makan, membangkitkan selera ambo.

Saat nasi tu masuk ke dalam mulut ambo, terasa keenakannya...yang sudah lama ambo x nikmati. Orang pernah kate, yang menjadikan masakan seorang ibu itu enak dan lazat, pabila sang ibu merenjiskan perencah kasih dan sayang ke dalam masakannya. Ambo sangat setuju benar dengan pernyataan tu kerna sudah terbukti.

Rasenye cukup dulu sampai di sini post untuk kali ini. Banyak lagi yang ingin dikongsi sebenarnya. Tapi memandangkan ambo sedang menggunakan PC di cyber cafe, x boleh guna lame2, nanti mahal pula bayarannya. Selamat bersama keluarga tercinta wahai sahabat sekalian!!!Semailah kasih dan sayang!!!!

Wassalamualaikum w.b.t.....




Wednesday, August 24, 2011

Pembentangan Tentang Islamic Education Yang TERBAEK!!!


Waktu : 4.14 petang 24 Ogos 2011
Tempat :Level 2 CFSIIUM PJ's Library
Suasana :Dikelilingi budak-budak law yang sedang buat case study

Assalamualaikum ambo ucapkan pada semua. Ada beberapa hari lagi untuk bulan Ramadhan ni melabuhkan tirainya, jadi sudah banyakkah amalannya? Tepuk dada tanya iman.

Tujuan menulis post ini tak lain dan x bukan hanyalah untuk berkongsi keterujaan ambo semasa mendengar pembentangan untuk subjek FIM1113 iaitu Uderstanding Islam tadi. Presentation dari salah sekumpulan sisters yang bertajuk "Islam As A Comprehensive Way of Life:Islamic Education Concept" itu sungguh menarik, penuh dengan isi-isi yang bernas dengan penerangan ringkas dan padat.

Pembentangan dimulai dengan pendefinisian sistem pendidikan itu sendiri menurut seorang ulama Islam yang terkenal iaitu Yusuf al-Qaradawi. Menurut beliau, "Islamic education is an education of mind & heart, physical & spiritual and behavior & characteristics". Mantap sunnguh bunyinya. Sepanjang pembentangan ni, ambo memang berpuas hati dengan segala info yang disampaikan oleh para sisters yang membentang. Bukan puas hati tengok wajah2 sisters itu ye. Salah satu quote yang ambo paling suka ialah "Teacher is not only a muallim(transmitter of knowledge) but also a murabbi(trainer of souls & personality" yang menerangkan maksud sebenar seorang guru yang bukan hanya mengajar, tetapi juga mendidik.

Turut juga diselitkan sebuah video mengenai salah satu produk yang membuktikan keberkesanan sistem Islamic education. Produk yang dimaksudkan itu ialah Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk Kota Konstatinople (Istanbul) pada umur 19 tahun, menamatkan penantian umat Islam selama ratusan tahun untuk menakluk kota itu. Walaupun beliau merupakan anak kepada pemerintah sebuah empayar yang luas, tiada kompromi dalam pendidikannya. Beliau tidak dimanjakan. Beliau pernah dirotan. Beliau juga dididik oleh para alim ulama' dan pernah ditegur oleh mereka. Sungguh jauh bezanya dengan situasi sekarang.

Konklusi bagi pembentangan ini, ambo sangat2 berpuas hati. Sangat tak rugi ambo dengar presentation tu. Apa yang ambo boleh kata....TERBAEK!!!. Good job sis. Tahniah diucapkan kerna telah mebuktikan Islamic education adalah satu sistem pendidikan yang terbaik, sangat sesuai untuk membangunkan insan yang holistik. Ambo bangga untuk menjadi seorang Islam.

Akhir kata dari diri ambo. Apa2 sahaja sistem yang dianjurkan oleh Islam adalah yang terbaik untuk sepanjang zaman. Tiada lagi sistem yang bisa menggantikannya kerna Islam is a comprehensive way of life..............

Tiada apa2 lagi untuk ditulis, ambo ingin mengucapkan all the best buat para Muslimin dan Muslimat di luar sana untuk meningkatkan amalan di sepuluh hari terakhir Ramadhan al-Mubarak ini. Jangan kerna sibuk membuat persediaan untuk berhari raya, kita lupa akan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini...

Wassalamualaikum w.b.t dan selamat beramal....



Tuesday, August 23, 2011

Post di Pagi Hari..

Waktu : 2.42 pagi 24 Ogos 2011
Tempat :Musolla MAB, Lobi MAB
Suasana :Sunyi sepi, sedikit bau ubat nyamuk

Assalamualaikum ambo ucapkan pada yang masih sudi membaca blog ambo ini. Moga terpelihara oleh rahmat-Nya di bulan Ramadhan yang mulia ni ini.

Niat di hati sebenarnya bukan untuk menulis post yang baru. Tapi ambo hanya edit serba sedikit blog ni, memandangkan ada sahabat yang mengesyorkan untuk ditukar warna background blog ni. Warna pink mungkin tak sesuai untuk diri amboi....agak girlish rasenye.

Timbulnya idea untuk menulis post ni adalah setelah ambo lihat suasana di dalam Musolla MAB ni. Kelihatan beberapa orang brothers sedang tidur nyenyak dalam musolla yang agak besar ni. Rasa kagum tiba-tiba muncul bila ambo tengok situasi ini. Mungkin inilah yang insan-insan yang sedang memburu Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan, idaman setiap insan yang beriman kepada-Nya. Jesteru timbul pula cita-cita untuk diri ambo menyertai para brothers ni, menjadi pemburu Lailatul Qadar.

Namun hasrat itu ambo rasa amat sukar untuk dicapai bila ambo renung balik amalan diri ambo pada bula Ramadhan ini. Tadarusnya kurang, banyak masa terluang digunakan untuk tidur, Qiamullail pun tak pernah, terawikh pun hanya 8 rakaat sahaja yang termampu, nafsu makan pada waktu ifthar pun belum mampu diatasi dan pelbagai kepincangan lagi. Memikirkan hal ini membuatkam ambo rasa diri ini belum layak untuk menyertai mereka.

Namun, ambo pernah mendengar dengar orang kata..."Berbahagialah orang yang hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari seterusnya lebih baik dari hari semalam..dan celakalah ke atas orang yang hari ini lebih teruk dari hari semalam dan hari yang seterusnya lebih teruk dari hari ini". Ambo pun tak tahu ayat ni dari petikan hadis atau hanya sekadar kata-kata ahli falsafah. Gerun juga bila dengar statement ni. Ambo ni tergolong dalam golongan yang mana?Pertama atau kedua?

Jesteru. Ambo rasa perlu ada perubahan. Biarpun sedikit, asalkan istiqamah. Insyaallah. Moga Ramadhan Al-Mubarak yang semakin akan meninggalkan kita ini, dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Cukup dulu dari ambo untuk post ni..harus tidur untuk sahur..sahur itu penting..
Akhir kata...Assalamualaikum w.b.t...

Monday, August 22, 2011

Bermulanya Tatih Sang Musafir Muda

Assalamualaikum w.b.t...

Dengan nama Zat Yang Maha Esa ambo mulakan post untuk blog ni....moga mendapat perlindungan dan petunjuk dari-Nya sepanjang penulisan blog ini...

Salam persahabatan dihulur buat para pembaca yang sudi untuk membaca blog ambo ni, blog yang baru dibuat, tulisan seorang pemuda yang cetek pengalamannya.Ini ialah post pertama dari ambo untuk blog ni. Memandangkan ini merupakan post pertama untuk blog ni....ambo ingin membuat sedikit taaruf tentang diri ambo dan blog ambo yang tak seberape ni.

Name diberi oleh abah dan umi ialah Nik Mohamad Lukman bin Mat Zin. Lahir pada 23 September 1992 di Hospital Daerah Machang, Kelantan. Tinggal di Machang, di sebuah rumah kayu yang menjadi tempat ambo dan 12 orang adik beradik ambo menikmati kasih dan sayang abah dan umi. Rasenye cukup setakat itu ambo memperkenalkan diri ambo ni.

Sedikit pengenalan mengenai blog ambo ni. Ambo akan membahasakan diri sebagai "ambo", iaitu kata ganti nama diri yang sangat meluas penggunannya oleh rakyat Kelantan yang bermaksud saya. Niat ambo hanyalah untuk menerapkan jati diri ambo sebagai anak Klate, moga ambo tak lupa asal-usul diri ini. Tujuan ambo menulis blog ni tak lain tak bukan hanyalah untuk berkongsi buah fikiran dan pengalaman hidup ambo, musafir sebuah perjalanan yang masih kabur destinasinya, belum diketahui bilakah penghujungnya.

Memandangkan ambo ni kurang pandai bercakap untuk menterjemah buah fikiran ambo....jadi ambo rase penulisan bloglah cara yang paling sesuai untuk ambo meluahkannya. Oleh itu, dengan izin-Nya, kebanyakan post ambo akan berkisar mengenai idea2 yang bermain dalam minda ambo dan pengalaman yang ambo lalui. Moga tak bosan membacanya.

Ambo juga ingin memohon tunjuk ajar daripada sahabat2 sekalian untuk menghasilkan post yang berkualiti dan berbaloi untuk dibaca. Komen yang membantu seperti kritikan dan cadangan amatlah ambo harapkan, untuk ambo jadi lebih matang dalam penulisan ambo memandangkan ilmu di dada masih kurang.

Sebelum ambo mengakhiri post ini..ambo ingin menyampaikan sebuah pantun Melayu yang sangat famous dengan sedikit pengubahsuaian:

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Ambo blogger baru belajar,
Salah silap mohon ditunjukkan.

Akhir kata,
Assalamualaikum w.b.t
Musafir muda mohon petunjuk...